salam,
kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.
alhamdulillah.Allah mendengar rintihan hambanya yang sedang berduka lara ini. Perkongsian yang singkat tapi mampu meninggalkan kesan yang mendalam. Seolah-olah hilang segala tekanan dan bebanan. Berkongsi rasa dan duka. Bertukar pendapat. Menceduk ilmu. Kagum dengan perkara baru. Rapat dalam ukhuwah. terasa jauh daripada bebanan dunia sebentar. dunia yang penuh dengan perlumbaan. dunia yang penuh dengan ranjau dan dugaan. kehidupan.
dari terpaksa menjadi suka dan tiba-tiba jatuh cinta..
"mana boleh paksa, nanti jadi xikhlas" ayat penyedap hati dahulu kala. tak perlu pergi jauh, cukuplah diri ini untuk dijadikan contohnya. dahulu perkataan itu sering bermain di bibir dan benak fikiran. bila terhantuk baru tersedar" Ingat dahulu sewaktu kita kecil. Hari pertama di pintu tadika/taska, berjujuran air mata. Anak kecil mana yang suka dipaksa. Dipaksa untuk berjauhan dengan ibu bapa walau sebentar cuma. 3 jam je waktu persekolahan tadika. Namun, atas dasar "terpaksa" mengajar kanak-kanak erti rela, suka, gembira dan cinta. jika zaman sekolah menengah, terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana asrama. bayangkan jauhnya Bukit Kayu Hitam. Jauh di ceruk desa. saat pulang ke asrama, berjujuran air mata. Hati bagai dihiris. Mulut tak mampu mengungkapkan kata. Kerana terpaksa direlakan jua. Lama kelamaan menjadi biasa. Makin jatuh cinta. Berat untuk meninggalkan asrama hatta jauh beratus kilometer dari keluarga. 'Terpaksa" itu mengajar banyak perkara. erti kedewasaan, berdikari dan sebagainya.
Bila meningkat dewasa. tiada pilihan, "terpaksa"menjadikan guru yang dahulunya dipandang sebelah mata sebagai kerjaya. Bukan lekeh namun dahulunya otak dipengaruhi oleh cita-cita. Meluap-lupa di benak pemikiran "Besar nanti, aku mahu menjadi doktor, pulangannya hebat tanbah glamour" itu dahulu, namun erti terpaksa mengajar erti sebenar kehidupan. Allah itu maha adil. Pasti ada sebab dan musababnya di atas segala sesuatu yang terjadi di muka bumi. Meninggalkan bumi matrikulasi dengan penuh perasaan terpaksa. Menangis, hati merintih..berat untuk meninggalkan daerah yang pernah menjadi tempat persinggahan menuntut ilmu walau sekejap cuma. Namun kerana terpaksa, dipaksa jua kaki melangkah. dikuatkan hati untuk terus melangkah. otak yang semakin dewasa ketika itu yakin bahawa ada hikmah atas setiap langkah yang terjadi.
Setahun pertama di maktab dengan penuh terpaksa, pernah diluahkan perasaan yang terpendam kepada sahabat seusia. betapa cita-citaku adalah untuk menjadi seorang doktor bukan pendidik. Ditanya kembali, kenapa tidak meneruskan langkah di bumi matrikulasi yang iA mampu mengorak langkahmu ke arah cita cita itu jika disertakan dengan usaha. Jawapanku mudah iaitu kerana terpaksa. Kerna terpaksa hati ini cuba untuk mencintai bidang yang diceburi saat ini dan alhamdulillah berjaya.
Dijalan yang kuanggap penuh duri ini juga permulaannya wujud fasa paksa. siapa suka, masa bersuka ria bersama rakan-rakan berkurang. fitrah remaja suka bersukan ria. Dipaksa jua untuk suka. dipaksa jua hati ini untuk menolak fitrah yang kepentingannya tiada melainkan hiburan semata-mata. Pernah juga rasa terbeban saat dipanggil berhalaqah. seolah-olah bebanan yang teramat sangat. Namun, dipaksa hati yang penuh titik noda untuk melawan nafsu malas.
tersedar betapa kadang-kala manusia perlu dipaksa. mungkin catalyst untuk berjaya. daripada paksa bertukar cinta. perasaan untuk menolak kerana rasa terpaksa itu sebenarnya nafsu kita. lawan.ibaratkan anda panglima di medan perang. di tangan anda nyawa beribu manusia beserta pengharapan mereka. musuh itu nafsu. lawan sehabis mungkin. jika anda kalah, anda lemah. menang dengan nafsu. hebatnya sehebat seperti keluar berperang menentang musuh malah kadangkala lebih hebat dari itu. kerana nafsu itu mush halus lagi licik dan tersembunyi.
=)
No comments:
Post a Comment