Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.
(al-Dhariyat: 56)
Kelebihan menunaikan solat dhuha
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )
hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
"Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah." Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.
tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya.
murahkan rezeki, menolak kepapaan.
ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
Waktu solat
- dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir
- disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
- 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter.
- berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.
- batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Bilangan rakaat
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Cara melaksanakan
solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua.
(Riwayat al-Hakim)
Doa mustajab
doa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w:
‘Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah Dhuha-Mu, cahayanya adalah cahaya-Mu, keindahannya adalah keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ia di bumi keluarkanlah ia. Jika ia jauh maka dekatkanlah ia, dan jika ia hampir maka mudahkanlah ia dengan kebenaran Dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu, dan kesucian-Mu. Kurnialah kepadaku sebagaimana Engkau telah mengurniai hamba-hamba-Mu yang soleh. Dan semoga Allah mencucurkan rahmat, kasih sayang serta kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan bagi alamsemesta. Amin!”
Antara sahabat yang komited dengan amalan solat sunat dhuha
- Abu Darda’
- Abu Hurairah
- Abu Zar al-Ghifari
It is not easy to perform dhuha.Most muslims will give this reasons.my schedule is pack during the day.i dont have time to perform this solah esp during weekdays..i need to attend to class.my boss will get angry with me if i leave my work although it is just for awhile..its ok.but you all can still perform dhuha during holiday..weekend...so wut..there's no reasons to not perform s0lah..when there is a will there is a way..
http://nursyirah.wordpress.com/2008/03/30/solat-dhuha-adalah-kunci-rezeki/eca
http://www2.pkink.gov.my/center/arkib/Tazkirah/KumpulanC/SEMBAHYANG DUHA _ Che Mas _.p