Friday, 18 November 2011

fasa mengenal cinta

salam,

Oleh sebab hampir semua warga hostel dah pulang ke sarang, maka sunyilah.tinggalah nur ismail sorang-sorang. mari kita reflek kejadian, kisah, impian dan harapan yang telah dilaksanakan dan dicapai sepanjang 5 bulan ini.
Idea untuk reflek datang daripada blog cik husna yang menulis tentang expectation.mari saya sambung expectation saya. sesungguhnya expectation terhadap diri sendiri amatlah penting kerana ianya ibarat penunjuk arah merangkap indicator penggerak.

sungguh tinggi sebenarnya harapan saya untuk sem lepas.

1) ingin menyeimbangkan usrah dengan akademik. aktiviti luar dengan akademik.
 memang tersangatlah susah.pernah rebah.pernah kecewa. pernah cuba untuk melepaskan salah satu. waktu itu belum jatuh cinta. alhamdulillah, adanya sahabat, petunjuk dari Allah s.w.t. jika buntu maka berbaliklah kepada Dia. carilah syariatnya. yang mana yang perlu didahulukan (aulawiyyat). usrah atau akademik.jalan dakwah atau akademik.pilihlah? xmampu membuat pilihan. kuteguhkan hati untuk memilih keduanya. letih itu adat. dunia kan ladang bagi akhirat. keduanya perlu seimbang. keduanya penting tapi jalan dakwah juga penting. amatlah penting.bukan untuk manfaat kita sahaja malah yang lain.=)..tapi sebelum berfikir begitu, banyak juga kata-kata salah/ kata-kata penyedap hati yang keluar dari bibir ni. banyak juga air mata yang terkorban. mungkin banyak juga hati yang terguris. sekali dapat, akan kugenggam. jika ada yang menyentap dari belakang. akan kugandingkan seluruh tenagaku untuk pertahankannya. iA.

2)ingin cemerlang (mencapai pointer yang diinginkan)
ini sukar. kehidupan di maktab bukanlah seperti kehidupan di universiti. tugasan 'assignment' ibarat hujan. turun mencurah-curah. kelas yang teramatlah padat hingga ke petang. kalau teringin nak tahu suasana maktab. bolehla cuba mintak untuk stay di asrama sekolah menengah untuk sebulan. dikawal rapi tapi longgar sedikit dari kehidupan asrama. kelas sehingga ke petang. kelas ganti sampai ke malam. 'study week' yang tak pernah wujud. assignment yang sangat dan teramatlah banyak. fail ISL setebal 3 inci. bayangkan, setiap sem, wajib ada kurang lebih 6 fail. tapi semua itu adat kehidupan. kalau diceritakan semua ini kepada senior sem 8, mesti cebik bibir,ketawa terguling-guling. Mereka dah melalui fasa ke'skema'an semua ni. dah melalui pahit getir hidup demi segulung ijazah. masa untuk kami. harapan tinggi malangnya usaha yang diletakkan rendah. tak tally dengan usaha, manakan dapat hasil yang dinginkan. dapat hasil yang setara dengan usaha ajelah kan. gagal menyiapkan nota-nota kecil. tapi buat waktu 'masa kritikal'..=) gagal mengulang kaji secara sistematik. gagal menyiapkan fail dalam masa yang ditetapkan. tapi alhamdulillah, semua dah settle dengan mata panda. ini kejadian biasa di sini. tapi untuk sem depan xnak lagi. ingin lebih serius. iA. tips untuk menyeimbangkan akademik dan aktiviti luar ialah jangan study di akhir-akhir 'waktu kritikal'. Selesaikan yang mustahak dan baru boleh ke kelas-kelas ilmu dengan happy. iA. doakan keputusan yang peperiksaan terbaik nanti di akhir bulan 12.

3) membaca
satu-satunya harapan yang tercapai. lebih daripada yang di inginkan.alhamdulillah. dalam masa 6 bulan berjaya menghabiskan 25 buah bahan bacaan tidak termasuk readers digest dan solusi. nikmat ilmu jangan disia siakan.=). semalam sebelum tidur, terfikir sesuatu..kalau dikumpulkan bahan bacaan yang telah dibaca (tolak yang kurang bermanfaat) dan bandingkan dengan air di lautan.bezanya xterungkap dengan kata. betapa ceteknya ilmu di dada. banyak lagi ilmu Allah yang perlu kita terokai.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan  (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan tuhanmu yang Maha Pemurah, yang Maha Mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkarkan apa yang tidak diketahuinya." (al-Alaq: 1-5)

jangan berpuas hati dengan apa yang didengari. carilah dan terus mencari!!!! membaca ialah titik perubahan. pernah terleka dengan kegilaan remaja 'drama korea'. tapi setelah jatuh cinta pada bahan bacaan. alhamdulillah. terhapus sedikit beban yang ditanggung dek kerana terlalu memuja kecantikan sementara dan terpegun dengan aurat manusia. terpesona dengan bait-bait cinta. mereka hidup dengan cinta. hilangnya cinta makan hilanglah mereka. hakikat mereka yang tidak beriman dengan Al-Quran dan sunnahNya. hakikat golongan yang fanatik kepada kehidupan dunia.

 ramai yang sedar hakikat ni tapi kenapa masih menjadikan artis-artis korea sebagai idol. drama-drama korea sebagai santapan harian menggantikan santapan rohani yang sepatutnya. tergila gilakan fesyen ala-ala kaum itu. rosak!!rosak!!

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang menegrjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar." 
(Surah Al-Isra 17:9)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama manakamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitab Allah  (Al-Quran) dan sunnahku."
 (Riwayat Abu Daud)

4) fasa mengenal cinta
mendapat usrah tidak seperti mengikuti usrah..bebannya terasa amat dan tersangatlah berat. senget bahu. kalau difikirka gitu-gitu memang terasa ringan tapi personally, mereka tanggungjawab saya. satu kesalahan mereka, kesalahan saya juga. mereka cerminan saya dan saya cerminan mereka. indahkan ukhuwah bersulam cinta!!

yang di atas adalah yang terpilih.. kalau nak direflek kan semua memerlukan kurang lebih seminggu..=).pengalaman mengajar erti kedewasaan. alhamdulillah, saya masih bernafas di muka bumi Allah ni dengan nikmat iman . matlamatnya taqwa. cepat kejar cepat. tak pernah lagi saya pengsan dek kerana terlalu rasa terbeban dengan masalah. tak pernah lagi datang rasa ingin melawat psikiatrist kerana kehidupan ini sentiasa indah. Allah xakan menduga makhluknya dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapi oleh makhluknya. setiap masalah ada penyelesainnya.setiap kegembiraan ada sebabnya. berbaliklah kita untuk mentafsirkan kehidupan kita. ingin bawanya ke mana. ke kiri atau ke kanan. ke lembah kehinaan atau lembah kebaikan. jangan salahkan takdir jika kita salah memilih kerana hak untuk memilih ada di tangan kita. 

selamat bercuti!!!
jangan lupa mutabaah amal!!!hohoho!!!
salam.





No comments: