Wednesday, 5 September 2012

sbe4

salam,

sebelum kenangan diimport masuk ke long term memory atau di hapuskan dari memory, baiklah curahkan sedikit kenangan di sini. sekolah yang bertuah kali ini ialah SK Bukit Jana. Kalau ikutkan kakak, tempoh minimum seseorang pegawai kerajaan, iA berkhidmat ialah 25 tahun. maksudnya ada lebih dari 25 tahun, iA untuk mencurahkan bakti mendidik anak bangsa (iA) dan maksudnya senario yang sama akan dihadapi berulang ulang. pagi-pagi pergi sekolah. tengahari balik. tanda kertas peperiksaan. suruh budak-budak beratur. sekali tengok bosan tapi guru-guru senior macam seronok ja. nak tak nak terpaksa seronok la sebabnya bakal menjadi tanggungjawab..


Hari pertama

hari seterusnya


kebetulan, minggu kami ke sekolah tu, minggu sebelum cuti hari raya. Semangat sungguh cikgu-cikgu dan budak-budak nak beraya. Sebelula um mkelas, nyanyi lagu balik kampung dulu tau. Cikgu jual kuih raya. tak tahan sekali bila tengok gelagat cikgu-cikgu. ada yang tunjuk lansir. nak tergelak pun ada sebab kalau dekat maktab xde la semangat macam tu. sebabnya, ada yang kena submit assignment one day before the long raya holiday started. nanti kami pun macam tu la agaknya. xpayah bimbang nak cari kuih raya, cikgu-cikgu perempuan jual kuih raya. sedia duit je ataupun boleh join jual kuih raya sekali nanti.hihihi. 

sekolah ni bagus! pagi-pagi sebelum mula kelas, ada seorang guru lelaki yang akan memimpin bacaan yassin. kelas mula lewat dan balik pun lewat sikit. 1.40 petang baru habis kelas. kalau sekolah sebelum-sebelum ni, kebanyakannya habis awal. pukul 1.40 petang dah sampai rumah dah pun. 

kebetulan bulan ramdhan, waktu rehat diganti dengan tazkirah. hari terakhir, sekolah buat aktiviti khatam al-qurn dan penyerahan duit raya dan salam-salaman (pre-raya celebration). ada tazkirah yang disampaikan oleh kaunselor. kaunselor sekolah ni memang hebat sebab mampu buat budak-budak menangis. cikgu-cikgu pun join. saya xjoin sebab dah biasa jadi fasilitator program motivasi dan teknik yang digunakan sama. dah boleh agak apa cikgu tu nak kata.haha. ada jugak cikgu yang tanya, eyh, tak nangis ke dik.haha. xrasa nak nangis kak. pandai kaunselor tu. bakat tersembunyi. memang satu kelebihan yang menguntungkan pihak sekolah sebab xpayah jemput penceramah and motivator luar dah. jimat duit.

kami jadi gula-gula sepanjang minggu di sekolah. lalu je depan students. ada je yang sua tangan.mintak nak salam. =). cikgu baru kan. kata guru-guru senior di sekolah "budak-budak ni memang suka kalau ada cikgu baru"..huhuhu..kenapa ya?


regards,
me



No comments: