Sunday, 30 December 2012

wrapping up 2012

salam,

imbasan sempena tahun baru masihi

semalam tengok majalah 3 dah buat imbasan 2012. jalan-jalan dekat blog orang, semua dah mula buat imbasan, harapan, garapan dan segalanya la sebagai tanda setahun lagi telah berlalu. sebenarnya kan, rasa mcam baru lagi sembang dengan kawan tentang harapan tahun baru. setiap tahun, isu yang paling dipersetuji ialah 'saya nak jadi lebih tahun dari tahun sebelumnya'. sejauh manakah kita telah menjadi lebih baik? itu soalan setiap kali sebelum membuat refleksi. bolehla guna SWOT sistem. hahaha. nerd!

kalau nak diputarkan masa, mengimbas kembali 365 hari yang telah berlalu, reflek satu persatu, i believe, it might take a whole year or a whole lifetime to reflect and going through in details. 8760 jam bakal berlalu. rasa tak sekejap. lagi banyak umur kita, lagi terasa yang masa berlalu sangat pantas. betul! tak pecaya. cuba tanya diri sendiri ataupun buat eksperimen tahun depan. mesti rasa nak quote je ayat tu. wooohoo!

tahun 2012 menyaksikan banyak harapan yang tercapai dan tak tercapai. menyaksikan kejatuhan. hihihi. adat belajar dan adat berusaha. yang jatuh macam saya akan kata macamni "adat belajar, tak kan nak naik je selalu. Habis sapa yang nak jatuh. Kalau bukan saya, mereka. Kalau bukan mereka, saya." Untuk hidup, kita perlu positif. Tahu tak kenapa org di negara Timur dan Barat selalu mengambil keputusan untuk bunuh diri bila ditimpa musibah. Sebabnya, mereka tak positif. jatuh bangun kan adat.


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." – al-Baqarah (2) : 157

moral of the reflection, always turn to Allah s.w.t in whatever conditions and regardless of time. 



Tapikan, eloklah kita buat autopsi sikit. kenapa kita jatuh? buatla SWOT. nerd! sekali sekala tak pe. untuk kebaikan masa depan. Contohnya, saya tak dapat mencapai pointer yang diimpikan dan didoakan setiap kali selepas solat tapi kadang-kadang lupa. Apa sebabnya, jangan cari yang lain, cari dalam ayat tu. ayat yang negatif tu mungkin salah satu penyebabnya. manusia ni memang terer cari sebab. kalau suruh saya cari sebab, saya boleh senarai sampai tak cukup 2 3 helai kertas. kalau saya, saya tulis, lepas tu keronyok masuk dalam bakul sampah sebab tu tandanya saya tak nak lagi macam tu. tu gaya saya. kalau saya geram kat orang pun buat macam tu. tulis kenapa, buang. tak pun bakar, dulu-dulu waktus sekolah. epic kan! pakar motivasi yang ajar. saya ikut je. it works on me. lagi satu, saya suka bebel. hahaha. tanyalah mak uya, kakakku yang disayangi dan afzan dan kawan baik. alhamdulillah, Allah hantar mereka.

Setakat peluang selama 21 tahun yang dikurniakan kepada saya untuk menghirup udara segar di bumi Allah s.w.t ni, tak banyak lagi kejatuhan dan pengalam yang saya rasa kalau nak dibandingkan dengan orang-orang yang dah lama makan garam. saya mula makan garam umur setahun, maksudnya, baru 20 tahun makan garam. kiasan yang sukar difahami. hohoho! saya belum banyak pengalaman lagi. buka je mata dah ada baju untuk dipakai. tak perlu bekerja untuk belajar.. makan tanggung je. banyak sangat nikmat. 

kalau ditanya musibah, sebenarnya sikit je dari nikmat. tahun lepas saya langgar pagar rumah orang. uya (abuya) kena baiki kereta sampai seribu. pagar rumah pak cik tu memang dah bengkok pun, dia pun redha je saya langgar.hahaha. kesudahannya, uya belum berani lagi nak bagi kebenaran saya tunggang kuda toyota dia. hahaha. naik myvi pun tokleh. naik viva je boleh. sedih betul! 

tahun lepas asyik kena redo assignment je. markah assignment pun ciput. usaha sudah. tawakkal pun sudah. kena terima la. markah tu cerminan usaha. maksudnya usaha sikit la kot. tak pun lecturer yang strick! hahaha. 

jangan ditanya nikmat. terlalu banyak. jalan-jalan sana. jalan-jalan sini. makan free. tak pegi muqayyam atas pilihan sendiri sebab tak suka hutan yang ada pacat. selagi ada pilihan, saya tak nak jumpa pacat dengan ulat. minta maaf penganjur! minta maaf kepada hati dan diri sendiri!  

teringin nak letak gamar diri sendiri yang versi 2012. tapi semalam terbaca, tak bagus. nanti google simpan dalam google image. baru tahu je. yang dah terlepas tu. rezeki google la. macam la rupawan sangat kan!hahaha. eyhh! memang rupawan pun. Allah ciptakan manusia dengan kecantikan tersendiri kan. =')

bunga A

bunga B

soalan: bunga yang  mana cantik?

syirah: bunga A sebab warna pastel
sherry: bunga B sebab nampak debunga

moral of the short quiz, definisi kecantikan manusia berbeza. jangan risau, manusia ni. asal ada warna ja mesti manusia kata cantik. huhuhuhu! 

 khas untuk wanita sepertiku:

baca doa ni hari-hari. toksah dok perabih duit RM 300 untuk Mary Kay. lawa dah. lepas pakai pencuci muka 12 ringgit. baca doa ni. usaha kena ada jugak. tak pakai pencuci muka. muka dok bekilat ja. boleh perah minyak muka buat goreng ayam, tak comei aih. peringatan untuk diri sebenarnya.



sekian, wassalam.
selamat tahun baru masihi!

definisi tahun baru saya ialah menjadi lebih baik dari segala aspek. adala 2 3 yang spesifik. nanti nak tulih tang ni jugak sebab saya suka senaman jari telunjuk. kurus dah jari telunjuk saya sekarang. berkesan betul! 



No comments: