salam,
cuti datang lagi bermakna ada hari yang telah pergi.
hari berganti hari.siang berganti malam.maka berakhirlah sem 1 yang penuh dengan cabaran tersendiri.semoga hari yang telah berlalu pergi itu memberi seribu pengalaman dan erti untuk diri ini mengemudi hari-hari yang bakal mendatang..
mengapa lama tak update?
alasan: exam dan tugas baru sebagai pengasuh dan kadang-kadang menjadi tukang masak. kerjaya yang kucinta walaupun hakikatnya penat. menjaga si kecil membuatkanku sedar kepayahan ibuku membesarkanku.
bila online je : adam mintak nak tengok tiger panda boat etc..kalau xbagi..lap top jadi bahan tendangan ala2 kungfu panda.adam tido..line tak stable.malam mengantuk. halangan+alasan+xde idea..:)
sedar tak sedar diam tak diam, aliyah dah lahir.bartambah lagi sorang ahli keluarga baru..anak saudara perempuan pertama selepas sedozen lelaki-lelaki macho..jagala aliyah.kena melaram sket.dalam otak dah terbayang-bayang macam macam jenis skirt.kalah ummi baby..tapi ummi aliyah lagi banyak plan x?:)
hari ni insyaAllah akan pulang ke negeri Perak yang indah setelah hampir seminggu mengabdikan diri di negeri jelapang padi..sedar tak sedar dah dua bulan xbalik jenguk mak uya. last balik, waktu mak uya balik dari umrah..
cuti masih berbaki 2 minggu ++..
iA lepas ni nak start projek update everydaydan projek menghabiskan lesen kereta dan projek membaca (ada 5 buah buku yang menanti untuk di baca)
No comments:
Post a Comment