salam,
hari kedua, cepatnya masa berlalu.rasa macam baru semalam habis SPM, bergumbira, melompat sini sana, masih belum dewasa dan xkisah orang nak kata apa. hari ini, bila terpandang wajah kat cermin compact powder, barula terasa yang diri dah makin tua. walaupun kedut-kedut masih belum berleluasa tapi the sign of maturity sudah ada. bintik-bintik hitam, rekahan dll.itu tandanya sudah dewasa dan diri semakin dimamah usia.
hari ini masa berlalu sangat pantas, rasa macam baru ja pagi tapi dah petang. tambah-tambah pulak lepas zohor tidur, bangun je dah azan asar.lagi rasa masa cepat berlalu tapi adakah masa yang berlalu digunakan sebaiknya. takut memikirkan esok dan masa depan. masih bernyawakah diriku pada esok hari. cukupkah amalku. selepas malam ini, akan adakah siang. ataupun esok duniaku gelap gelita. macam-macam persoalan timbul.
Hati xtenang bila memikirkan keputusan peperiksaan yang masih belum keluar. khabar angin dah ada namun kesahihannya belum dapat dibuktikan..Semga tiada yang kecewa. Semoga semuanya gembira. Semoga ianya adalah terbaik seiring dengan usaha yang diletakkan. Diri ini bertawakkal atas apa jua keputusannya. doakan..doakan..doakan
Pulau Pinang hari ini panas dan kering sampaikan kipas angin yang sehabis laju pun xmampu nak menghalau haba. menunggu hujan yang xtiba.
Kerja masih xbertimbun, masa banyak untuk mengupdate.ideanya kurang. hasilnya inilah..
2 comments:
wah wah wah..dh mcm berpuisi dh..hihi
Haha ada gaya a.samad said kn..muahaha
Post a Comment