salam,
tidur sambil tersenyum mimpi indah malam ni..
tiada kata-kata yang lebih indah selain alhamdulillah..
kalau dulu pernah merasai saat menjadi pengikut.
hari ini pangkat itu naik bertingkat-tingkat
terlalu mendadak.
dulu menjadi peraih hari ini menjadi pembekal.
dulu pernah hati kecil dan mulut comel ini menolak sekeras kerasnya tatkala dikhabarkan berita 'kau terpilih untuk menjadi mata-mata rantai penerus perjuangan rasulullah s.a.w.
alasannya tidak mampu.memang tidak mampu.baru setahun jagung.baru merangkak.baru mengenal erti langkah. baru bertatih.
namun, takdir menentukan sebaliknya.
walau payah untuk menerima, dipaksa hati, dikuatkan jiwa untuk menerima.
pertemuan pertama menimbulkan bibit-bibit cinta tak kurang dengan ketakutan yang menebal.
tanggungjawab itu berat.
terlalu berat untuk dipikul.
sekali dilafazkan kata-kata untuk menerima.
kusedar diri ini bertanggungjawab untuk mengotakan janji-janji.
Allah maha mengetahui.
dicampakkan rasa cinta hinggakan tidur malam terbayang-bayang.
dicampakkan rasa cinta hinggakan hilang rasa takut dan payah.
hari ini bertambah cintaku
bukan kerana hadiah.
bukan kerana ayat-ayat penenang jiwa pemanis bicara
namun kerana tautan kasih dan cinta yang membawa mereka kepadaku.
ALHAMDULILLAH!!!
No comments:
Post a Comment