Friday, 16 December 2011

15th Dis 11

Salam,

Daripada Abu Mas'ud al-Ansori r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya."
(Riwayat Muslim)

Sumber rujukan: 300 hadis bimbingan

Terlalu pantas masa berlalu, umpama kelajuan cahaya tapi lebih pantas. Umpama sekelip kerdipan mata tapi tak dapat dirasai.

15 Disember 2011.

Sedang menghitung hari yang bersisa bagi tahun 2011.

Dihadiahkan berita genbira dari sahabat, bakal mendirikan baitul muslim. Kelu lidah tanda gembira dalam kejutan mungkin. Melompat menghampiri kakak. "kawan kami nak kawin k.da".hihi. Reaksi apakah kan. Reaksi orang yang xmenyangka. Jangan underestimate kebolehan sahabat. Hihi. Siapa yang tahu rencana Allah. Dia pemberi rezeki. Dia sebaik-baik perancang. Sedangkan kematian tidak diketahui kita apatah lagi jodoh. Rujuk hadis 4 daripada hadis 44 (semak kembali, kurang pasti).

Mabrouk buat Wan Nabilah Wan Jamil dan pasangannya. Hebat belaka keduanya. Bak kata pujangga nenek moyang, bagai pinang di belah dua. Sepadan keduanya iA walau xpernah mengenali bakal zaujnya. iA, wanita solehah buat sang kumbang yang soleh. Moga kehebatan kalian xberhenti di situ. Sebarkan di dalam baitul dakwah impian setiap insan. Semoga bercinta hingga ke syurga. Alam perkahwinan banyak ujian dan kemanisannya. Semoga keduanya sabar dalam saling lengkap melengkapi. Cemburu, seronoknya sahabat sorang ni, bakal melalui satu lagi ladang pahala.

.........

Kakak di china

.........

Kakak di Germany

.........

Aliyah dah pandai menggunakan nada suara. Menjerit kalau rimas dibuli oleh kami.kih2. Uli pipi Aliyah.

Kisahnya macam ni, tadi petang tinggal berdua dengan Aliyah. Ummi ayah Aliyyah kerja. Tinggal dia sorang-sorang di ruang tamu. Bergolek-goleklah udak kecil tu sampai ke meja tarik punya tarik kain alas meja. Tak jugak dapat masuk mulut. Jerit satu rumah. Tekejut. Tadi ummi ayah Aliyah balik pun dia tunjuk skill baru. Kalau cubit pipi terus jerit. Unik kan bayi. Perkembangan yang mengagumkan. Tak jemu tengok perkembangan dorang. No wonder lah ramai ibu bapa yang memilih untuk ber blog tentang perkembangan anak-anak sendiri. Sangat kangum dan teruja. Perasaan teruja tu tak akan dapat dirasai oleh yang bukan bergelar ibu bapa.

......untuk hari ni, berita yang paling menimbulkan keterujaan ialah walimah sahabat. :)



Ge

No comments: