Salam,
Salam Ramadhan 1433H!
Hari ini hari pertama CINTA kembali lagi. Selamat kembali CINTA. Selamat kembali SAYANG. Kehadiranmu di nanti-nanti. Berlalulah dengan seperlahan mungkin. Andai bisa ku bekukan masa, nescaya akan kulakukan. Hakikatnya, tiada siapa manusia yang bisa. Wahai kudrat, kita kena bekerja sedari saat ini. Ayuh melangkah. Wahai sang nafsu, pejamkan mata dan tidurlah.Wahai mulut, bantulah. Wahai mata, tundukla. Wahai kaki, pilihlah jalan yang suci tanpa noda sahaja. Wahai telinga, berhati hatilah. Wahai seketul daging, kau xberseorang untuk melawan nafsu. mata akan tunduk, telinga akan berhati-hati, mulut akan mambantu dan kaki akan memilih. Selamat berjuang wahai roh dan jasad hamba.
Peristiwa 30 Syaaban 1433H: Jaulah
Jauh perjalanan, luas pemandangan. Destinasi bermula dari Little India ke sekitar Lebuh Quay ke Padang Kota Lama ke Komtar ke Batu Feringghi ke Masjid Terapung dan ke Persiaran Gurney. Terima kasih tak terhingga kepada Cik pemandu dan penumpang-penumpang kerana sabar dan tidak kenal ertiletih walaupun, hakikatnya, letih. Alhamdulillah, semua yang dirancang menjadi kenyataan malah ada pertambahan tempat. Dalam masa kurang 6 jam. Lengkap satu pusingan di sebahagian tempat menarik dan menjadi tumpuan di Pulau Mutira ni. Saya sangat gembira walau sedikit kecewa sebab tak mampu nak jadi pemandu kedua. Pemandu pertama sangat letih. Alhamdulillah, lulus ujian menjadi pemandu pelacong walau masih kurang kenal jalan.
the tourist guide in charged:
syahira ismail
No comments:
Post a Comment