Friday, 20 July 2012

sehari sebelum 'CINTA' datang

salam,


=) semalam sedih.hari ni xsedih dah sebab dah boleh berfikir dengan sangat matang. rasa rasanya la. =)


mari kita imbas kembali peristiwa tiga tahun yang lepas sempena sahabat saya, Aqmar yang sekarang berada di bilik saya, di katil saya, di sisi saya setelah tiga tahun jauh dari saya. alhamdulillah. Tak tergambar persaaan bila dapat tahu ada sahabat yang nak mencemar duli ke teratak buruk. Doa dipanjatkan setiap malam dan siang semoga dipermudahkan. Nak sangat bawa sahabat jalan-jalan merasai udara Pulau Pinang walau angin di sini tak mungkin setanding dengan bersihnya udara di nun jauh di bumi Perancis. =) Siang malam memikirkan kenderaan dan tempat tinggal. Akhirnya, alhamdulillah. Ya Sami' mendegar permintaan hamba yang hina ini. Maka, terjadilah hari ini. Hari yang penuh kegembiraan. Hilai ketawa dan sesi bercerita yang tiada kesudahan sampai terpaksa diberhentikan menjadi saksi betapa kami rindu zaman muda kami. ZAMAN otai kami. ZAMAN yang kami gelarkan fasa penuh ke'skema'an. ZAMAN yang kami gelarkan  zaman jatuh dan bangun. ZAMAN yang menyediakan kami kepada kehidupan hari ini. 


tiga tahun dulu di bulan ramadhan.jadual dah tersedia. cuma perlu diikut. tiada apa yang perlu dirisaukan. semuanya OK walau ada kalanya risau tak sempat study dan siapkan 'homework'. Tapi semuanya mudah kerana hidup dengan jadual dan masa terikat dengan jadual. SEKARANG..dugaan masa menjadi-jadi. ganbare syahira!


esok iA nak ke Batu Feringghi. Nak cuba jadi tourist guide tapi tourist guide versi takut nak drive. tetamu bawak tuan rumah jalan-jalan. kih2. kita merancang , Allah juga merancang dan Sesungguhnya Dialah sebaik baik perancang.=)


Salam Ramadhan 1433H. The journey begins!!!Yeehaaa. Power puff girl akan bertukar menjadi SUPER lady. 


The super lady:
Syahira

No comments: