Tuesday, 10 July 2012

sukan sebenarnya bagus

salam,

 ' satu murid, satu sukan' menggegarkan PENTAS..

what a statement! bukan itu caranya. bukan!bukan!

A: tu ke signifikannya 'sukan untuk membentuk manusia'
B: blurr kejap

Dari hati, jujur sejujurnya, sedih tengok anak bangsa. sedih tengok si kecil yang diibaratkan seperti kain putih belajar sesuatu yang xpatut diajar. di sebalik senam aerobik ada kebaikannya kalau ianya menepati syarak. kalau ianya mampu memberi contoh yang super baik. kalau ianya mampu menyumbang kepada usaha membina akhlak bangsa. ada baiknya, instructor yang di atas pentas tu lelaki atau wanita yang menutup aurat dengan sempurna . yang faham erti memberi sesuatu yang penuh hikmah supaya menjadi teladan. supaya menjadi pahala buatnya. 'satu murid, satu sukan' sebenarnya idea yang cukup mantap. bukan sahaja kepada murid malah kepada masyarakat. kalau nak buat ' satu rumah, satu sukan' pun saya amat bersetuju tetapi biar selari dengan islam agama kita. bukankah islam sebagai cara hidup. islam bukan sekadar agama untuk dianuti. islam cara hidup. setiap langkah harus islam. setiap bicara harus islam. setiap apa yang kita lakukan, yang menjadi panduannya ialah islam.


"Islam memberi maksud berserah diri atau tunduk patuh. Ertinya orang Islam keseluruhannya diharapkan mampu menjadi orang yang benar-benar berserah diri atau tunduk patuh kepada Allah SWT tanpa ada dakwa-dakwi lagi. Hal ini amat bersesuaian dengan tujuan Allah menciptakan manusia itu sendiri adalah untuk menghambakan diri kepada-Nya (Surah Az-Zariyat 51:56). Maka sebagai pencipta dan pemilik kepada seluruh isinya, Allah mempunyai hak penuh untuk ditaati dan disembah oleh manusia secara kaffah atau keseluruhannya. Sebagai mana firman Allah SWT di dalam al-Quran; Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah, 2:208)"
rujukan 

bersenam tak salah, malah sangat baik sampai ada kata hikmah yang mengadakan ' minda yang sihat daripada jasmani yang sihat'. TAPI HARUS SELARI DENGAN ISLAM. baru lagi superb. badan sihat, akhlak terpelihara, jiwa terjaga, mata tak mengundang dosa, seluruh badan boleh menjadi saksi di mahsyar kelak bahawa kami bersenam untuk menyihatkan badan keranamu Ya Allah dengan mengikut syariatmu Ya Allah.

Sekarang baru faham mengapa para senior dan mereka yang telah menjadi guru berkata begini

'bersedialah dengan pendirian yang utuh sebelum melangkah ke alam keguruan. Mujadah itu pahit kerana ganjarannya manis. jahiliyyah itu ibaratnya seperti dadah. menjerat manusia tak kira usia.'

pandangan seorang hamba,
Syahira Ismail


No comments: