alhamdulillah, thumma alhamdulillah
gayat! ibaratnya macam orang yg phobia tempat tinggi kena paksa naik tingkat 44.
dah sampai ke tingkat 44, haruslah berjalan walaupun pening, takut, rasa nak muntah dan sebagainya.
tak kan nak suruh orang tolak dengan kerusi roda sedangkan masih mampu berjalan cuna halangannya 'cuak'
hihihihi. alhamdulillah, dah dua hari berjalan. lemah lembut je berjalan kali ni.hari pertama kelas pun dah mengantuk. bukan sebab bosan tapi letih kemas barang. hari pertama di sesi terakhir kelas, baru terdetik rasa 'setahun dah betul-betul berlalu lagi la'.
365 hari yang lepas. alhamdulillah, berjaya diharungi. tadi dapat berita gembira lagi. alhamdulillah. segalanya bukan senang dan segalanya bukan susah. bukan susah dan bukan senang. jadi, untuk jadikan bukan susah, haruslah berusaha sehingga tiada lagi mampu sambil meminta dan berdoa pada Al-Wahhab. sebenarnya, ini soal result. hehehe
terdetik di hati:
hasil tekun membaca muka buku, terjumpa ini, dikongsi oleh seorang senior,
Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya,
“Hinalah kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup
bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya sekali
ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga (dengan sebab itu)”.
-Riwayat Muslim-
=) matan hadis yang sangat mudah untuk difahami bagi pendapat saya.
mudahnya mendapat syurga sebenarnya kan. jalan terbentang dan dibentang luas di pandangan kita. caranya pelbagai. itu cara apabila berada dengan ibu bapa. berbakti, menyenangkan hati dan mendoakan mereka. dush! belum lagi cara apabila menuntut ilmu. infinity cara.
berapa ramai yang berkata inginkan syurga tapi berapa ramai sahajalah yang berusaha untuknya.
nota hari kedua di alaf baru 2013.
di kala semua orang berseronok dengan azam baru.
masih termanggu mencari signifikasi 2013 dengan diri.
2013,
berlalulah dengan tenang setenang air di muara
pun sekiranya ada kepayahan yang menghempas seganas ombak menghempas pantai
ku dambakan kesabaran sebagai bentengnya.
=)
nak gelak! haahahahaha
nak nangis!wuaaaaaaaa
till then,
wassalam
No comments:
Post a Comment