Assalamualaikum,
tidak berjenama mewah. bukan levis atau adidas. selipar berjenama kedai runcit. untuk 4 tahun setengah. terima kasih. tak pernah seumur hidup punyai sepasang kasut berusia 4 tahun setengah.
kadang, bukan jenama menjadi ukuran tahan lama. ini buktinya. jenama kedai runcit.mampu bertahan lama. kasut ni guna baling kucing nak melepas depan bilik. ampunkan aku wahai kucing. haha. kasut ni guan buat main tuju kasut dalam hostel. haha. kasut ni guna main lari-lari (aci ligan) dalam hostel. ko mampu?
ada kawan tanya, "syira, bila hang nak beli kasut baru. aku kesian tengok hang."
kesian kan. tapi sayang. kasut tu dibeli oleh abang ipar yang sulung dan dihadiahkan kepada kakak sulung sebab kak da mengandung. suami dia suruh pakai selipar berat sikit. takut tergelincir isteri dia. selipar pakai dekat hospital je pun. untuk tempoh tunggu bersalin. berapa hari sangat kan. balik rumah selipar tu terbiar xbertuan. waktu tu baru nak masuk maktab. aku kutip apa yang ada dekat rumah. hahahah. selipar kutip. kutip segalnya yang boleh kutipla. sederhana ja hidup ni. pre-loved items lagi syok. xpayah keluar duit banyak. handphone pun bekas kakak. maklumla xpernah ada telefon sampaila bila betul-betul perlu iaitu bila masuk matrik. jadinya tak kisah la. nak telefon sapa pun tak tahu. telefon mak uya ja. kesian. itu dulu la. haha. tapi ada jugak kawan message yang pertama. rahsia. hihi. : ) you know who you are. thanks for always being there. gitu. haha.
6 bulan pakai selipar jepun tapak haus. gembira je. beratus kali orang tegur. bergelar ratu alasan, sejuta alasan aku bagi. ayat terakhir berbunyi "biaqla selipar ni tua sama-sama kat maktab ni dengan syira". epic kan.
akhirnya. minggu terakhir di maktab. putuslah telinga selipar kesayangan. wallahua'lam. roommate gelak berdekah. agaknya puas hati dia. xlarat tengok selipar buruk. :)
orang Melayu kata, patah tumbuh hilang berganti.
tapi hadir yang baru, masih teringat pada yang lama.
signifikasinya dengan kehidupan.
this is life. it will reach its end when the right time comes.
selamat tinggal selipar. terima kasih kerana bakti dan padamu tersemat seribu makna kehidupan. kehidupan seorang gadis dari zaman mula nak bertatih sampaila sekarang, dah pandai berjalan pantas tapi masih gayat untuk berlari bebas.
habis.
No comments:
Post a Comment