Monday, 26 July 2010

my 100th blog post...

Assalamualaikum,

congratulations on ur 100th post..yuuhuuu.so,sempena post yang ke-seratus, it'll be in Malay version..fully Malay..

________________________________

Alhamdulillah, bersyukur  kehadrat ilahi, setelah setahun setengah saya menggunakan laman blog ini sebagai diari umum saya, sejak november 2008 iaitu setelah tamat spm. Setelah dua tahun, it's still useful dan merupakan teman ketika duka dan gembira saya. Ringkas kata, blog saya merupakan teman karib aka suami aka teman lelaki aka teman perempuan saya yang hanya mendengar dan tidak pernah jemu mendengar. Blog ini ibarat kaunselor kerana bila pemiliknya marah, dia bersedia untuk mendengar dan bila pemiliknya gembira maka gembiralah ia. Pada mulanya, blog ini hanyalah penghilang rasa bosan je tapi lama kelamaan jadi ketagih. xtulis xbleyh hidup.macam sepana dengan mak guard la. tambah-tambah lagi bila jumpa kawan-kawan yang berkongsi minat dan jumpa blog yang memang sangat menarik untuk diikuti. sangat menarik. Kalau orang tanya saya blog macam mana yang menjadi tumpuan sayaha..ni ciri-cirinya..blog yang selalu di update, blog perantau kerana memang cita-cita saya untuk merantau dan belajar di luar negara kerana pengalaman yang kita akan dapat tu sangat berharga dan boleh kongsi dengan generasi-generasi akan datang (sya xakan pernah berputus asa untuk mendapatkan peluang belajar di negara orang, xkan..mungkin ada orang kan kata, awak 2 cg je, susah, saya akan cuba walaupun ianya mengorbankan usia saya, maksudnya, kawin lambat pown sanggup asalkan dapat pengalaman 2,xkawin xsanggup.tapi yang pasti, i'll try my best untuk mendapatkan pengalaman tu sebelum bergelar puan, kalau panjang umur ), blog masak-masak, blog jahit baju, blog ibu-ibu dan jangan hairan kerana mostly blog yang saya follow adalah blog ibu-ibu. Bukan kerana xsabar nak mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata sendiri namun kerana keterujaan melihat cara-cara mereka membesarkan anak-anak mereka (ilmu untuk masa depan). Selain itu, ciri-ciri blog yang menjadi pilihan saya untuk diiikuti dari semasa ke semasa adalah blog yang di tulis di dalam bahasa Inggeris, bukan kerana keterujaan saya dengan bahasa penjajah ini namun kerana keinginan saya untuk mendalaminya. Di samping menbaca novel dan buku ilmiah, menonton filem versi bahasa Inggeris, blog juga mampu membantu saya untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris saya yang amat lemah. jujur, saya amat lemah dan sekarang saya lebih yakin untuk mengatakan bahawa i've improved. Harapan, blog terus menjadi medan saya di dalam bidang penulisan walaupun saya sedar xramai orang baca blog saya kerana saya lebih suka begitu. jangan heboh-heboh, saya xperlukan publisiti, saya xpernah sekalipun mengharapkan hadiah daripada nuffnang, biarlah blog menjadi medan untuk saya berkongsi kisah hidup saya dan kalau boleh, untuk selamanya, hingga ke akhir usia. Sebelum itu, jujur saya katakan, saya kurang ilmu untuk berkongsi ilmu ukhrawi mahupun duniawi melalui blog, kebanyakan post semata-mata mengenai kehidupan saya. Bukan xteringin, nak sangat.tapi bukan masanya lagi. Nanti bila dah bersedia, saya akan cuba.