salam,
dua hari macam dua tahun. letih! fikir result yang belum keluar lagi. xtau bila nak keluar. letih fikir perbelanjaan semester ni yang rasanya letih nak fikir sebab mungkin banyak aktiviti luar termasuk yang wajib dan tidak wajib tapi tiada pilihan demi menjaga perasaan. kadang terpaksa kita menahan rasa ingin menolak disebabkan persahabatan.bila fikir macam ni, kurang rasa letih. maklumla duit yang dapat tak akan bertambah tetapi berkurang sebab masih belum bekerjaya dan tak terfikir nak buat kerja sampingan seperti jualan lansung dan sebagainya. disebabkan oleh itu, hanya satu yang boleh dilakukan untuk mengelakkan inflasi yang teruk di hujung semester iaitu menguruskan perbelanjaan. nak menambah kekayaan belum sampai lagi, hanya menstabilkan diri sahaja yang mampu. memang macam ni setiap semester. agenda pertama, pelan pengurusan kewangan.pelan kedua, jadual belajar yang jarang ikut. pelan ketiga, 'assignments'
Pelan menguruskan kewangan
Makin bertambah usia, makin bertambah semester dan semakin sedikit masa yang tinggal untuk menghabiskan ijazah, semakin laju aliran wang pada setiap bulan. masakan tidak, fail makin bertimbun, sebulan boleh habis dua rim kertas, buku mahal sebab kebanyakannya dikeluarkan dari luar negara (tapi kadang-kadang xguna pun. stress!) dan impian serta kehendak yang makin bertambah. kehendak terbahagi kepada dua, kehendak diri dan masyarakat sekeliling. haha. simpanan harus ada walaupun masih belajar sebab itu cara nak mendisiplinkan kita. mulakan dari sekarang supaya nanti bila dah bekerjaya, makin terbiasa. berdikit-dikit dahulan. jangan pandang 50 ringgit sebulan sebagai sedikit sebab lama-lama jadi bukit. kalau yang targetnya sebuah perkahwinan dalam masa terdekat kena banyak sikit menyimpan. =P. huhuhu. tersasar pulak.bukan apa, ramai sangat yang memperkatakan bab ini di sini. maklumkan semuanya dah mencecah angka puluhan. saya belum mampu tapi siapa tahu. =P. Duit buku jangan dikesamping, duit untuk berhibur libur sikit, belanja makan minum, pakaian dan infak harus dicatatkan. walaupun saya xambil akaun dan xpernah belajar akaun dan xpernah ada siapa pun yang mengajar untuk melakukan semua ni, saya masih mampu lakukan. alhamdulillah. untuk kemaslahatan diri. Ini semua untuk disiplin di masa akan datang. Jangan takut untuk mencuba walau kadang kita takut xberjaya ikut perancangan. saya pun xpernah lagi ikut bulat2 pelan saya. memang perancangan manusia penuh kelemahan sebab sebaik baik perancang ialah Allah s.w.t. tapi xsalah untuk merancang. jangan xmerancang lansung sudah. main guna ja. habis xsedar. pastu mula la guna talian hayat pama. sesetangah rasa mungkin xmengapa tapi bagi saya, saya malu sebab tak berjaya kurangkan beban mereka. kalau bagi tanpa dipinta tu lain 'case' la kan.=).kalau terdesak sangat pun lain'case' la kan.
perancangan jadual belajar
buat tapi jarang ikut.hahaha. sebelum mula semester baru, saya buat sedikit kajian teknik belajar. tapi bila sampai di pertengahan semuanya jadi harapan dan khayalan. haha.main hentam ikut rasa. tapi penting sangat sebenarnya. lain orang lain gaya dan cara. belajar bahasa ni lain. kadang memang xde kerja lansung. boleh lepaking dengan hati yang senang. bila nak exam, belajar xpandang kiri kanan. ada yang belajar biasa2 ja tapi boleh score. belajar bahasa ni lain. once, you have the language, everything will be easy for you. hafal important points and leave the rest to the power of your language. lagi satu, kreatif. tapi saya memang lain jenisnya. otak bukan bahasa sangat, tapi xtahu la otak apa. tak tahu mana datang ilham untuk pilih jadi cikgu bahasa inggeris ni. ini perancangan Allah.I should have no doubt. ada hikmahnya, iA. kalau xblaja memang ibaratnya masuk lubang kambus sendiri. =) that's why perancangan jadual belajar amat penting bagi saya.
Perancangan 'assignments'
Kalau ingin memilih untuk masuk IPG, bersedialah untuk berhadapan dengan 'the never ending' assignments. memang lain dari universiti. sangat banyak untuk satu subjek. pensyarah sangat skema kalau untuk bahasa la. boleh jadi draft ketiga pun xtentu betul lagi. sabar dan jangan buat di akhir waktu. saya dah merasa buat kerja akhir waktu. keputusannya pun hujung-hujung la. study last minute mungkin ok dan efektif bagi sesetengah orang, tapi buat esaimen di hjung-hujung waktu bukanlah satu pilihan yang baik. silap haribulan, dapat balik, kena 're-do'. bukan sekali, tapi mungkin berkali-kali. saya dah rasa. memang stress dan geram tapi apa nak dikata, salah sendiri. pensyarah maktab ni lain sikit, mereka ialah dahulunya guru. sangat pentingkan kualiti kerja. sangat-sangat inginkan kualiti. baca setiap patah (this goes to lecterurs in language department). jagalah! sangat mengambil berat. hafal nama pelajar lagi. kenal pelajar lagi. xlokek untuk perbetulkan. kadang-kadang, pembetulan yang dibuat xmempengaruhi markah pun. hanya untuk kita jadikan pengajaran. tapi kebanyakan pelajar termasuk saya mestilah buat sesuatu untuk sesuatu. maksudnya buat pembaikan dengan harapan dapat markah tambahan. huhuhu. =P
. rasa nak menulis sangat-sangat sebab 'stress'.lapar setiap masa. baru je makan, lapar balik. nak makan orang! biasala, cuti 3 minggu. boleh makan nasi bila-bila rasa lapar. tak berkaitan dengan stress kan. till then, salam.
No comments:
Post a Comment